Kelas Asas ICT dan Safe Shield Tahun Tiga
20 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2024 (Khamis), NADI Sungai Bandung telah mengadakan aktiviti sempena cuti persekolahan penggal dua iaitu Kelas Asas ICT dan NADI Safe Shield. Seramai 14 orang pelajar dari Sekolah Rendah Plaman/Baki Menaul telah menyertai aktiviti tersebut yang dijalankan secara dua sesi. Antara aktiviti yang dijalankan untuk pelajar-pelajar tersebut ialah belajar menaip, membuat kuiz dalam talian dan tayangan video Klik Dengan Bijak.
Untuk aktiviti kelas Asas ICT, petugas NADI telah menyediakan satu cerita pendek untuk pelajar-pelajar tersebut. Pelajar-pelajar tersebut diminta untuk menaip semula cerita pendek tersebut di dalam Microsoft Words. Ini bagi melatih pelajar-pelajar tersebut belajar menaip dengan pantas. Selain itu, petugas NADI telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bagaimana cara membuat carian gambar di dalam Google. Pelajar-pelajar tersebut diminta untuk mencari gambar bendera negeri yang terdapat di Malaysia dan mereka diajar cara untuk muat turun gambar tersebut. Petugas NADI juga mengajar bagaimana untuk meletakkan gambar tersebut ke dalam Microsoft Words dan melabel nama bendera tersebut menggunakan text box.
Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sg. Bandung telah mengajar pelajar-pelajar tersebut mengenal asas komponen komputer di dalam Wordwall. Pelajar-pelajar tersebut juga diminta untuk menjawab Kuiz Kemerdekaan dan Hari Malaysia di dalam Google Form yang telah disediakan oleh petugas NADI. Selain itu, pelajar-pelajar diminta untuk menjawab kuiz peralatan elektrik di dalam Wordwall.
Selain itu, pelajar-pelajar juga diberikan pendedahan awal berkaitan dengan asas keselamatan dalam talian semasa melayari internet. Pelajar-pelajar diminta untuk melayari yang berhemah sahaja dan sentiasa dalam pantauan ibu bapa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: